Dya 's Journey

Dya Aleesya Dya Elmeera

Showing posts with label belle(ography). Show all posts
Showing posts with label belle(ography). Show all posts

Wednesday, July 6, 2011

Its been a while..

Bila tengok entry yang terakhir..mak datok lamanya tak update blog. Sejak pindah ke bahagian baru its quite busy actually. Really squeeze the brain to produce all sorts of work. But then, i had fun doing it, working in positive environment really pushes me harder. Well nothing much to type on, but i will be back on track to update it, (harap2 le).
Oh, ya..elmeera will be one  this month, and i still breastfeed her( part-time)..which i story later. Need to go back now, amik aleesya kat nursery and off we go. Nasib baik nursery kat sama bangunan, senang sikit. BYE!
elmeera doing her stone face

sedang warm-up

aleesya+elmeera

berpaut pada lengan papa( yang sedang tido)

havin' fun on the carpet ride..

Sunday, April 10, 2011

Mr.Hubby away for ten Days!!

Weekend baru-baru ni , belle ada mengikuti bengkel Malaysian Breast Feeding Peer Counselor(MBFPC), seronok sangat!!First time rasa pi bengkel tanpa rasa bosan, because i enjoyed it so much sampai tak sedar waktu dah habis ^_^. Anyway, bengkel ni tak habis lagi, ada lagi 2 hari(this coming weekend) untuk complete the course.Nanti belle akan tell all about this, best jumpa  group of mommies yang passionate about BF.
 Back to cerita Mr.Hubby, my sweetheart kena pergi kursus wajib bagi student MBA( he's doing it at MSU), yang dikelola oleh MARA, sebab semua student MBA ini di taja oleh MARA, berkampunglah mereka semua di Hotel Seri Malaysia di Bagan Lalang selama 10 hari.
Agak jauh perjalanan masa nak menghantar Mr.Hubby, mana taknya ikut jalan Dengkil-Morib, memang jauh, ada nak dekat 2 jam. Belle lepas abis bengkel  tu pukul 5.00pm , terus pi hantar Mr.Hubby . On the way back pula, belle sesat sampai ke tol Seremban, tapi nasib baik Mak Tok ada, scary juga jalan kat situ. Sekarang ni aleesya dan elmeera  jelah ngan belle. Miss ya Mr.Hubby...belajar rajin--rajin k.

Wednesday, March 23, 2011

Is it wrong to be mad ?

Aku hanya manusia biasa, kadang-kadang tak mampu untuk membendung rasa kemarahan ini. Aku juga bukan jenis manusia suka memendam dan membalas perangai buruk orang padaku. What i do is...i write and let go all my feelings on something than i forget about it...fuhh!! Relief!!

Subhanallah..tak elok2 nak marah-marah kat orang ..and that is soooo not me! Kalau ada orang buat kat belle...most probably i can do is ....pi cari kawan( bukan pi sebar citer tak baik ahh...)...borak2 dan gelak..sampai tak ingat masalah tu...it helps sumtime. Kekadang tu belle selalu kata (nak sedapkan ati ni)....maybe org yg sakitkan ati tu tidak tahu untuk express feeling secara baik.(hope so.)

Oh well....rugi sebenarnya kalau asyik nak marah orang dan merosakkan suasana dan persekitaran menjadi tak harmoni...not nice ah.
Mr.Angry..please dont be mad...tak baik.   

Ngomel:..tak nak pikir-pikir sangat....nanti effect pulak nak EBM nanti, kesian elmeera nanti ..^_^

Tuesday, March 22, 2011

10 Panduan Atasi Kebosanan

Erghhhh!! *ngeliat*..dah masuk hari kedua, but still mode kerja secara beria-ria dan motivasi yang tinggi tak dapat kucari walaupun dicari dicelah-celah pintu mahupun di bawah-bawah fail serta buku yang sedia ada.. 
(tak lawak sila jangan gelak..ohohoo).

As I want to make make life to the fullest every hour in my working period, cheq bacalah magz lama that i had borrowed from library..and it actually my motivation booster if i can say that.

Ada satu artikel di mag. NUR pasai tajuk 10 Panduan Atasi Kebosanan . Nak tau juga can it apply to me~as a hamster lab~(saja pilih hamster..cute skit).

1. Luaskan Minda
=Belajarlah benda baru  melalui persekitaraan sama ada dari segi penampilan, akhbar, buku atau hal2 lain
ME: Tiap pagi dah cop tengok paper, pastu perap kat bilik..kesian orang belakang nak baca paper..huhhu

2. Cari Aktiviti/Kegemaran Baru
=Carilah aktiviti baru seperti senaman atau berjoging
ME:  Joging????!!!!!!!!!!!!!!!with my 2 cutey girls ...oh no...masa untuk pampered diri sendiri mmg takde untuk waktu ini.

3.Melakukan perubahan
=Melakukan perkara yang sama setiap hari memang membosankan.Sebagai contoh susun atur meja di pejabat atau wallpaper di PC  boleh diubah selalu serta cara berfesyen ke pejabat.
ME: Done that! Dah macam-macam wallpaper tukar...dari muka meera pastu aleesya pastu gambar keta idaman (XC 90) pastu gambar gunung kat scotland. Fesyen lak...nengah nunggu figure badan zaman sebelum kahwin..baru le best nak pakai macam-macam.

4. Ubah Bahasa Badan
=Orang bosan biasanya kelihatan malas, menumpang dagu(?) dan wajah nampak muram.Cubalah duduk tegak dan tersenyum.Lihat kesan nya terhadap diri anda .Ia dapat membantu.
ME: Haiyoo...i bet mmg kremmmm la that day...^_^

5.Ciptakan kenangan
Suasana yang nyaman mendorong kita untuk selalu tenang, dengarlah muzik kegemaran anda ketika kerja.
ME: Dengar dah...tak Dangdut mesti Rock Kapak..... paling koman  pun Nasyid laa...thanks to ofismate sebagai pemutar laguku(huhu..jgn marahh ahh cik dilla)

Terapi Rasa Malas (Apakah?)

6. Bangun Pagi
=Sekiranya bangun awal anda ada masa untuk melakukan senaman ringan seperti  regangan .Pergerakan ini akan membuatkan tubuh lebih relaks.
ME: ...kalau pump susu , consider tak? 6.30am everyday..500calories burn out tau..


7.Mandi Sinar Pagi
=Mandi pagi bermakna anda mandi dengan kehangatan sinar matahari dan ini secara tidak lansung menghangatkan fikiran anda.
ME:....i dun think so...The Zaini's always rush for everything(sebab aleesya suka buat pangaiiii pagi2)...sinaran matahari ni kalau ada pun dalam keta jela..


8.Joging
=......
ME: again...Joging????!!!!!!!!!!!!!!!!!!

9.Sarapan
=Hidangan ini jangan diabaikan..blahblahblah...
ME: Sarapan dalam kereta ..as always..roti peanutbutter w jam beserta segelas susu (ini pon disebabkan gara-gara aleesya juga..kalau mood baik leh gak makan kat meja..if not mmg dlm kereta)


10. Dengarkan lagu-lagu yang memotivasikan
= Alunan muzik adalah salah satu senjata paling ampuh untuk mengubah perasaan.
ME: ..Michele Buble mmg jd pilihan...(seday tak dapat pi konsert dia:)


Ngomel:..teringat pula kat elmeera and aleesya...seronoknya kalau duduk ngan anak-anak..tenang jiwa

Monday, March 14, 2011

Happy Me! Happy tua day today ~15 March~



15 March...bertambah lagi tempoh hayat kehidupan ku. Sejak mula dilahirkan di Dundee, Scotland dan duk sana at about 5 years (sebab ayah buat PhD disana) tak pernah pula cheq'  nak jejak kaki ke sana lagi. Ingatkan bila the gurls dah besar nak bawa lah diorang tengok Scotland.Harap-harap murahkan rezeki nak tengok tempat kelahiran aku ni.

suasana castle di scotland..aiseh..ni pon amik dari Mr.G

Teringat pulak kat scottish people (macam aku ada sedara je kat sana..hohooh)

Sunday, March 13, 2011

Sesi Jumpa*Makan*Borak =Ex-SMKJ3 Bangi

Lepas beristirehat dan bershopping sakan masa hari minggu tibalah masa untuk  masuk keje hari ni , sesungguhnya aura "Monday Blues" ku agak menebal di sanubari  erghh!!!! *mode-mengeliat*

Tak sabar nak tunggu hujung minggu ni..(baru hari isnin dah tak sabar nak tunggu hari minggu..huhu)..
Geng sekolah  nak buat gathering makan-makan selain itu  aktiviti sampingannya adalah swimming!!(mobile pool) Yang bermandi-manda adalah untuk anak2 ajer..ibuibu dan bapabapa duk tengok jelah yer.

Sekarang ni dah survey nak masak apa(sambil kejer browse resepi)...mestilah nak bawa potluck yang terbaik(aiceh!..apa ek!)
Rajin ke nak buat kek?
Macam best je kalau dpt buat ni












Tapi apa-apa pun..tak sabo nak jumpa kengkawan lama..semua nya dah ada little one/mini me/ babies/cutey pie etc...geng mommies akan borak sakan gamaknya ni bila  dah jumpa. Peace uols

Courtesy by Yan...comei wei!

Monday, February 7, 2011

My 'Precious' Thing..kena rembat!

Minggu lepas rasanya banyak betul acara/ aktiviti sebelum Chineese New Year. Belle cuti agak lama rasanya sebab adik ipar nikah 29 Jan 2011, kawin the next day. Meriah sangat, taniah ye akak(panggilan adik ipar ) semoga bahagia sehingga akhir hayat. Nak dijadikan cerita, mula aku sampai ke umah mak kat N9 tu hari jumaat, asyik hujan saja, dari pagi hingga ke petang tak berhenti-henti. Sampai adik ipar nikah sampai le berarak masa nak bersanding masih tak berhenti hujan ni( hujan rahmat katanya..) but then all of us in the family having a blast, walaupun hujan sekejap renyai lepas tu lebat, renyai balik dan lebat tak sudah-sudah.
Yang bestnya atuk masak untuk kenduri ni, kaw-kaw nasi berianinya ..pergh!(teringat balik waktu makan tu).
Untuk dijadikan hari bersejarah adik ipar kesayangan aku ni merupakan hari bersejarah aku juga, my Sony Ericsson Xperia x8 di kebas dek orang .Frust menonggeng aku, banyak tul gambar yang diambil(that's y no picture this time for this entry). Sedih yang amat sebenarnya, sebabnya Mr.Hubby susah payah beli handset baru untuk wifey dia(sob!), sebab kesian handset lama memang taraf perlu kena buang ke longkang. Tak sampai sebulan pun handset tu dipakai, dah ada yang berkenaan(tak canggih mana pun handset ni). Abah ada pesan " Baca Yasin , setiap kali sampai di ayat muubin hajatlah pada Allah, ada 6 kali abah rasa, mohon untuk jumpa/minta balik handset tu, kita usaha dahulu ,insyallah " Abah ada bagitau, ada yang buat , barang yang hilang dapat balik. Tapi kalau tak dapat balik, takpelah..sekurang-kurang me dah cuba. Belle ampunkanlah si pencurik tu, harap-harap janganlah dia buat lagi.Amin
And one more thing, kalau ada event  kenduri tu, beringat untuk simpan barang beharga kat tempat lain, pencuri sentiasa ambil kesempatan. Leka sekejap je , diorang sempat ambil peluang.Haihh...
Arwah Handset ku.

Wednesday, January 5, 2011

Welcome to 2011...what's my azam??erkk...

bWell, its quite past a few days right now to say NEW YEAR!...but hey..it is still new in this year!...( get it!)...ahh never mind.

So..what is my 'azam' for this year, too much to type on, but then. I wish my beautiful , lovely and harmony family always be blessed by Allah. Murahkan rezeki Mr.Hubby, because this year we are soooo gonna go traveling  with the girls( kan abg kan..kan..kan). Hopefully my sister(KakMin ) and I our project together on POPBITE gonna be a hit and  success..(amin!). Mama  n Ayah (my side), Mak n Abah (Mr.Hubby side)...wish you all a prosperity year(baru lepas makan mcD tadi...this word directly came across to my mind)
and me..gonna be a superdiva+hot mama...aisehh...slim down a bit..banyak betul baju tak muat kan.
I think that's about it...kalau ada azam baru...i go on je nanti.

XoxO

Monday, January 3, 2011

Pi Kenduri Kat Perlis

Anak sedara   belah ayah belle akan kawin pada 26 Dis 2010 kat Perlis, jauh tu nak travel ,kiranya hujung malaysia  la(belah utara) kalau ikut map . Ayah beria betul nak pergi Perlis ni, dah cakap dengan belle & Mr.hubby  awal-awal tahun , siap mak cik timah(adik ayah) dah tempah homestay untuk kitorang tidur nanti....phewww. nak tak nak kena gi le...aku bukan apa...jauh tu.
Mat Bangla pakai beg Princess..auww..so cute!:p
   Perjalanan nak ke kenduri kat perlis ni bermula hari sabtu, pukul 12.30pm, sebab Mr.Hubby baru balik dari pahang malam jumaat, dan agak penat, belle pula demam hari tu, memang terbabas masa .Sampai je umah mama, ayah dah tunggu lama(sorry, ayah!..;p).Belle cuak sebenarnya, nak ke perlis ni , sebab ambil masa 8 jam dalam kereta dengan aleesya yang banyak songeh. On the way ternampak mat bangla pakai beg pink.hhuhuhu





Meera with her 'teruja' look
Nasib baik la sepanjang perjalanan the girls behave sgt...mama loves meera n echa ..idok le teman migrain nak handle diorang.
Sampai je kat perlis ternampak pula RDC..apalagi Mr.Hubby siap corner emergency sebab nak pi RDC( kat Bangi takde kedai ni). Masuk je restaurant ni, agak terkesima kejap, walaupun islamik +bumi, but then presentation wise sangat presentable macam oversea punya stail, we like it so much, keep it up RDC.

RDC..orange..makes me happy ;)

Lepas kenyang makan RDC, sampai le rumah mak timah ( pukul 9 mlm ok) ..makan malam sikit kat situ, then we off to homestay ngan keluarga pak ndak untuk bermalam kat situ.

Selamat Pengantin Faizal...
Esoknya, pi makan kenduri, kenyang2 pastu balik.

Meera look up to her big sis..



Thursday, December 2, 2010

Manusia tidak terlepas dari buat kesilapan.

Dah biasakan kita mendengar tajuk nih, dan selalunya mungkin akan disambung " Ni supaya beringat jangan buat agi" mungkin juga " Allah nak menguji , pasti ada hikmahnya" kalau yang laser sikit tu, " Haaaaa....aku dah kata dah dia tu bukan budak baik, aku dah syak lama dah"  dan lagi tak sesuai ayatnya " Teman dah tau, padan ngan muka dia, memang dia kena ajar sikit".

Sakit hati juga kan dengar komen-komen macam ni, but for me, betullah allah nak menguji kita sebaiknya kita redha dan bersyukur akan perkara yang berlaku pada kita. Mungkin ada orang yang lebih teruk dari kita, dan jika nak mengingatkan diri kita yang serba kekurangan ini, sentiasa fikirkan ada orang lain lain teruk musibahnya, dan itu akan membuat kita bersyukur atau terima dengan hati terbuka.

Tapi kepada insan yang sentiasa hendak melabel orang, bagi komen yang tak baik, jadi juri tak profesional..baik kita tengok diri kita dulu. Baikkah kita tu? Cuba kita duduk kat tempat orang yang jadi topik gosip tu. Sanggup tak kita jadi bahan gosip orang ..renung2kan..

Wednesday, November 17, 2010

Trifle -Dya Style

Selamat Hari Raya Aidiladha kepada yang pernah menjalani ibadah Haji.!!Hopefully tak terlewat sangat.Belle kali ni beraya di N9 disebabkan Raya Aidilfitri dah turn mama so raya haji ni turn mr.hubby pula laa...
Meriah sangat raya haji kali, mak masak macam2, n macam biasa  pangkat belle kat dapur mak ni adalah sous chef saja ;p hehe..
Sehari belum tu, tertengok nona dan masa tu resepinya adalah Triffle, lama juga tak buat dessert ni. So, i give it a try, innovate a few things n wallahhh


Kat Nona tu tak kata letak kacang, aku saja suka-suka nak letak almond..marvelous!!( Habis 2 bekas ni, kira confident le nak kata sedap!)Belle tak dapat cari bekas lutsinar/kaca , tak nampak la layer by layer nya.Kira atas tu pon okeh la.

Serba sedikit gambar masa raya kat umah mertua kesayangan ;)

Lomang Paneh

Buek ketupat
Mak pouring santan into lomang.



Mr.Hubby nengah ngajar ijal (guess which one is the guru?)
Kak ipah, Aleesya n Abg Apis.