Dya 's Journey

Dya Aleesya Dya Elmeera

Thursday, February 24, 2011

Susu Ibu {{ Kursus}}

Rasanya lama benar tak menaip untuk blog ni, agak sibuk for all these while, berpindah di bahagian baru(tak pindah lagi ..tapi kerja dah jalan) sekejap naik jumpa bos baru lepas tu turun jumpa bos lama, kalau pi mesyuarat sat bos baru minit pas tu bos lama minit..rasa macam kartun belle ni..but it's fun..belle suka  sebab byk betul event and benda nak buat..hehe..jgn tak terkejar sudah.
Selain daripada itu, belle pi kursus bulan ni di PD, kiranya nak penuhkan kuota 10 hari KSU dah tetapkan.Ni dah 3 hari so 7 days more to go. As usual, sebelum nak gerak belle dah prepare all things for EBM session goes smoothly:
pam manual-check,
pam elektrik-check,
botol susu 4-check,
bekas dadih 20-check,
bekas polisterine nak bawa balik semua susu nanti-check,
berus botol-check(saja bawa), 
beg pack-check,

Bukan apa, tak nak la macam kursus kat pangkor ari tu - learned my lesson..huhu (sebab x cukup bekas--3 sesi susu 15oz dibuang begitu saja...

Bila sampai di bilik, belle dapat apartment dan ada 3 bilik dalam tu, firstly kalau masuk bilik mesti check freezer dulu , nasib baik ada dua; satu yang mini peti-ais, lagi satu yang sederhana besar ada kat ruang tamu..lega hati , mesti boleh muat susu nanti.
Tapi lain pula jadinya, peti ais serderhana besar tu tak membeku...(arghh!!) dah le dah ader 7 bekas
susu ,walaupun letak semalaman letak susu tak keras lansung. Peti ais yang kecik tu, tak leh muat lansung.Belle pun cari bilik kawan-kawan yang lain untuk tumpang susu, nasib baik ada yang satu blok , belle kat tingkat 3 yang kawan ni kat ground floor(takde lif! mengah juga la...heh). Roomate dia takde guna freezer tu, so rezeki belle untuk letak semua EBM ;)..suka.
Lepas letak tu, pikir gak, takkan nak letak kat freezer member setiap kali sesi pam ...aduhh, kacau org je..dah le tinggal satu mlm lagi , terpikir plak plastik milk storage*ting!* dah ada idea*Malam esoknya , ajak roomate belle nak pi pekan PD ,(tak bawa keta time ni--thank you cik adillah ), dah la pi lewat, memang tak nampak le kedai yang menjual untuk barang BF , tapi ku redah jua STORE PD tu...tawakal je kalau ada rezeki insyallah ada...pusing punya pusing..tanya punya tanya....last sekali pi kat farmasi..budak tu kata "Akak cuba check kat tingkat 3..bahagian baby-mungkin ada"
Masa tu it's almost 10 orang dah packing up sebab nak balik dah...aku pun cuba nasib saja.Belle tanya sales girls kat situ" Err..kat sini ada tak jual bekas simpan susu ibu, tapi saya nak plastik punya"
berkerut dahi salesgirl tu..nengah digest maklumat belle bagitau tadi
"Ha.....kat sini takde"   aiseh kecewa aku....."tapi  bahagian sana ada brand toysjolly"
  ye..ke ada...wow!makes my night..hehe.Yup! i got what i want -----one box of plastic milk storage.Malam tu juga aku guna , dan diletak dalam mini freezer aku yang ok skit tu.Hasilnya aku dapat bawa balik 10 bekas dadid dan 7 plastik(tak dapat tangkap gambar ..sebab camera handset cam hampeh...waaa!!)
Balik je umah mama,  belle terus cari aleesya( macam biasa kakak akan berlari dan melompat peluk) dan  elmeera pula tersenyum menampakkan gusinya yang comel kat pangku mak tok. Seronok dapat tengok anak2 lepas 3 hari keluar  dari umah...;)

No comments:

Post a Comment