Dya 's Journey

Dya Aleesya Dya Elmeera

Wednesday, March 30, 2011

Aleesya tak mahu ke School (Nursery)

" Mama nak duduk umah Mak Tok"  aleesya  membuat mata sedih sambil memandang mamanya.
Sejak kebelakangan ni Aleesya macam tak keruan bila nak ke sekolah, asyik menangis saja.
Nursery kali ni merupakan nursery ke-4 yang aleesya pernah pergi dan semuanya sebelum ini ok sahaja.
Nursery baru ni dekat sikit dengan tempat kerja belle, habis kerja saja pergi ambik dia, lepas tu tunggu Mr.Hubby datang.*Senang hati bila anak dekat ngan kite kan.*
Sebelum ni, kat nursery lain memang aleesya ada menangis tapi pada mulanya saja, it takes about 1 week untuk dia sesuaikan diri, lepas tu mulalah cerita pasal pwendd(friend) and tosshh(school).
Nursery kali ni, dah 3 bulan aleesya duduk, last week baru dia tunjuk perangai, nak duduk ngan belle kat opis sambil mengalir air mata(sedih nengok si aleesya waktu tu).
Nak kata aleesya ni nakal, tak juga sebab dia sangat pemalu, mungkin juga dia takut ngan cikgu atau kawannya. Bila belle berborak ngan ibu-ibu  yang menghantar anaknya ke nursery tu, rata-rata berkata tentang cikgu yang menjaga tu. Belle kena investigate dulu, tak leh nak jump into conclusion. Right now, aleesya staying with her Mak Chak(kakak belle). Bagi aleesya rest 2-3 hari dulu.Next week nak hantar nursery tu balik, kalau dia tetap nangis maybe something wrong. 

Ngomel:  Sebenarnya kesian kat anak,   kecik-kecik dah kena ke nursery dan orang lain jagakan...adakah aku ingin menjadi Full-time housewife? Kalau dipermudahkan jalan oleh Allah, amin! My wish will come true...

Sunday, March 27, 2011

Susu Ibu {{ Derma Darah}}

Ada program CSR di tempat kerja belle hari ni,  Derma Darah! Dah lama tak buat donation rasanya. Last time is when i was at UPM, itupun tak boleh sebab tak cukup zat besi :p. Kiranya sangat bersemangat hari ini, siap ajak yang lain untuk derma darah. Bila dah semangat nak check darah, pegawai yang cucuk jari ni bertanya.

P    " Dalam borang ni tick ada anak bawah umur setahun yer"
ME  "  Ya saya "
P     " Tengah menyusu lagi ke?"
ME  " A'ah"
P      " Selalu ke sekali sekala"
ME  " Selalu ..kenapa encik?"
P     "  Oooo..Tak boleh ye"  sambil melipat borang derma darah den dan di simpan ditepi meja..
Me  " Uikksss"...*frust*

Daripada 4 orang geng yang pergi, cuma sorang je yang lepas..isk!isk!. Kitorang pun tunggu Mr.Geo selesai amik darah, gerun juga tengok jarum yang besar amat cucuk kat lengan dia *mata berpinar*macam nak pengsan*.


Sebenarnya belle tak sure kenapa BF mother takleh donate blood.So, here's some info that i had "googled" and taken from LLL.


According to La Leche League,
Whether to donate blood is a decision that is best left up to the individual. Opinions vary as to whether it is a good idea. The American Red Cross says this about potential donors, in their Blood Donation Eligibility Guidelines:
  • defer while pregnant
  • defer 6 weeks after giving birth
  • defer 12 months if delivery required a blood transfusion
  • accept nursing mothers
La Leche League’s sources differ in their opinions on blood donation for breastfeeding mothers. Dr. Gregory White does not recommend it. Dr. Jack Newman says any otherwise eligible mother who is not anemic can donate blood. The Canadian Blood Service does not allow breastfeeding mothers to donate blood in the first six months postpartum. LLL recommends that mothers consult their own physicians and make an informed choice.
If a breastfeeding mother chooses to donate blood, she needs to be very careful to stay hydrated. Human milk is 87% water, and a blood donation takes 16 ounces of blood from the body. This is a lot of liquid to replace. All blood donors are cautioned to eat a substantial meal before donating blood and drink large quantities of water afterward. After a donation, donors are advised to avoid heavy lifting with the arm used to donate (to prevent excessive bruising). This may be a consideration for mothers who may not be able to avoid lifting and carrying their babies or older children.
 Baru le den paham, sebab hydrated. Susu ibu mengandungi 87% air dan para ibu yang nak derma darah juga perlu minum air yang banyak sangat untuk menggantikan darah yang hilang. Tapi Pusat Darah Negara amik langkah berhati-hati.. so for mommies yang BF , tunggu abis tempoh BF kita donate k..^_^

Ngomel: Gerun tengok darah sebenarnya, tapi nak donate juga. Tunggu elmeera besar sikitlah ni. Boleh la  mama laksanakan tanggungjawab ni kan sayang.

Wednesday, March 23, 2011

Susu Ibu {{ Rush !}}

Salam ,

Hari ni Mr.Hubby, me, Aleesya and Elmeera semua terbangun lewat. Nasib baik sempat punch card tak merah, kalau tak bulan Mac ni memang jadi sejarah dalam karierku(hohooo). Bila dah lewat kesian kat elmeera pula, sepanjang ditinggalkan kat MakTok , belle tak penah gagal bagi fresh EBM untuk cik meera. Ada masa hari tu bangun pukul 4am sebab nak naik flight pergi Johor atas urusan mesyuarat, sempat saja untuk pump. Tapi hari ni lansung tak sempat  : p
Bila tinggalkan meera kat tangan MakTok nya, sayu je tangisannya. Sambil tu belle bercakap la kat Maktok pasal susu ni.


ME " Ma..tak sempat nak pump hari ni, tapi la' dah keluarkan susu kat peti tu k"
MT " Kenapa la pulak macam tu...ni nanti meera..."
 (teruskan imaginasi anda as my mother cakap sampai saya  keluar dari   umah..hehe)

Sampai di opis, amik my little Bean and start EBM, abis je pump   fuhh..legaa...rasanya. *tapi kesian kat meera*

Ngomel: Bila dah jadi macam ni...nasib baik ada back up kan...thanks Allah ..Amin!..harap-harap perjuangan belle ni sampai elmeera umur sampai setahun..(nak 2 tahun if rezki masih ada)

Is it wrong to be mad ?

Aku hanya manusia biasa, kadang-kadang tak mampu untuk membendung rasa kemarahan ini. Aku juga bukan jenis manusia suka memendam dan membalas perangai buruk orang padaku. What i do is...i write and let go all my feelings on something than i forget about it...fuhh!! Relief!!

Subhanallah..tak elok2 nak marah-marah kat orang ..and that is soooo not me! Kalau ada orang buat kat belle...most probably i can do is ....pi cari kawan( bukan pi sebar citer tak baik ahh...)...borak2 dan gelak..sampai tak ingat masalah tu...it helps sumtime. Kekadang tu belle selalu kata (nak sedapkan ati ni)....maybe org yg sakitkan ati tu tidak tahu untuk express feeling secara baik.(hope so.)

Oh well....rugi sebenarnya kalau asyik nak marah orang dan merosakkan suasana dan persekitaran menjadi tak harmoni...not nice ah.
Mr.Angry..please dont be mad...tak baik.   

Ngomel:..tak nak pikir-pikir sangat....nanti effect pulak nak EBM nanti, kesian elmeera nanti ..^_^

Tuesday, March 22, 2011

10 Panduan Atasi Kebosanan

Erghhhh!! *ngeliat*..dah masuk hari kedua, but still mode kerja secara beria-ria dan motivasi yang tinggi tak dapat kucari walaupun dicari dicelah-celah pintu mahupun di bawah-bawah fail serta buku yang sedia ada.. 
(tak lawak sila jangan gelak..ohohoo).

As I want to make make life to the fullest every hour in my working period, cheq bacalah magz lama that i had borrowed from library..and it actually my motivation booster if i can say that.

Ada satu artikel di mag. NUR pasai tajuk 10 Panduan Atasi Kebosanan . Nak tau juga can it apply to me~as a hamster lab~(saja pilih hamster..cute skit).

1. Luaskan Minda
=Belajarlah benda baru  melalui persekitaraan sama ada dari segi penampilan, akhbar, buku atau hal2 lain
ME: Tiap pagi dah cop tengok paper, pastu perap kat bilik..kesian orang belakang nak baca paper..huhhu

2. Cari Aktiviti/Kegemaran Baru
=Carilah aktiviti baru seperti senaman atau berjoging
ME:  Joging????!!!!!!!!!!!!!!!with my 2 cutey girls ...oh no...masa untuk pampered diri sendiri mmg takde untuk waktu ini.

3.Melakukan perubahan
=Melakukan perkara yang sama setiap hari memang membosankan.Sebagai contoh susun atur meja di pejabat atau wallpaper di PC  boleh diubah selalu serta cara berfesyen ke pejabat.
ME: Done that! Dah macam-macam wallpaper tukar...dari muka meera pastu aleesya pastu gambar keta idaman (XC 90) pastu gambar gunung kat scotland. Fesyen lak...nengah nunggu figure badan zaman sebelum kahwin..baru le best nak pakai macam-macam.

4. Ubah Bahasa Badan
=Orang bosan biasanya kelihatan malas, menumpang dagu(?) dan wajah nampak muram.Cubalah duduk tegak dan tersenyum.Lihat kesan nya terhadap diri anda .Ia dapat membantu.
ME: Haiyoo...i bet mmg kremmmm la that day...^_^

5.Ciptakan kenangan
Suasana yang nyaman mendorong kita untuk selalu tenang, dengarlah muzik kegemaran anda ketika kerja.
ME: Dengar dah...tak Dangdut mesti Rock Kapak..... paling koman  pun Nasyid laa...thanks to ofismate sebagai pemutar laguku(huhu..jgn marahh ahh cik dilla)

Terapi Rasa Malas (Apakah?)

6. Bangun Pagi
=Sekiranya bangun awal anda ada masa untuk melakukan senaman ringan seperti  regangan .Pergerakan ini akan membuatkan tubuh lebih relaks.
ME: ...kalau pump susu , consider tak? 6.30am everyday..500calories burn out tau..


7.Mandi Sinar Pagi
=Mandi pagi bermakna anda mandi dengan kehangatan sinar matahari dan ini secara tidak lansung menghangatkan fikiran anda.
ME:....i dun think so...The Zaini's always rush for everything(sebab aleesya suka buat pangaiiii pagi2)...sinaran matahari ni kalau ada pun dalam keta jela..


8.Joging
=......
ME: again...Joging????!!!!!!!!!!!!!!!!!!

9.Sarapan
=Hidangan ini jangan diabaikan..blahblahblah...
ME: Sarapan dalam kereta ..as always..roti peanutbutter w jam beserta segelas susu (ini pon disebabkan gara-gara aleesya juga..kalau mood baik leh gak makan kat meja..if not mmg dlm kereta)


10. Dengarkan lagu-lagu yang memotivasikan
= Alunan muzik adalah salah satu senjata paling ampuh untuk mengubah perasaan.
ME: ..Michele Buble mmg jd pilihan...(seday tak dapat pi konsert dia:)


Ngomel:..teringat pula kat elmeera and aleesya...seronoknya kalau duduk ngan anak-anak..tenang jiwa

Friday, March 18, 2011

Buat "Tagline" Niaganews dapat RM300

Mudah untuk menang dan menang dari Niaganews.com.Peluang untuk bersama-sama untuk memenangi tunai RM300. Mudah, hanya fikir idea untuk TAGLINE yang sesuai digunakan oleh Niaganews.comBagaimana nak sertai? Go to this website...NiagaNews

Ngomel: Syoknya website ini adalah ianya sangat sesuai kepada komuniti bisnesman/woman to get together dan berkongsi idea serta pendapat regartless of any types of products you are selling...kuih/ikan/sayur/services/korporat anything , you name it.. To newbie you are most welcome...rugi kalau tak join. Spread the love uols.

Wednesday, March 16, 2011

BoRak Buku ~ Rojak Fakta Malaysia~


Worth to buy! Kalau anda (ehem*) suka fakta yang menarik pasal malaysia tak kisahlah apa pun citernya.
This is the book you're got to have. Masa  Belle baca buku ni , reaksi yang diberikan selalunya...
"Oh..ye ke".."Baru tau..." " Takkan lah...".....Sedikit sedutan berkenaan buku ini..
Tahukah anda sebelum Istana  Budaya ..kawasan kediamana siapa? Bagaimana untuk menangkap gajah di Malaysia? Kenali 10 hantu Melayu. Berapakah  gaji  sultan/menteri/PM. Makanan kegemaran  Perdana Menteri Malaysia dari yang pertama sehingga sekarang. Suka sangat part ni...sebab baru tau apa puding yorkshire yang merupakan salah satu hidangan yang diminati oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj  ..nak tau juga le macam mana rasanya. Semalam belle pun cuba masak and success(yeay!!).
Senang kata...tak rugi beli buku ni.

Ngomel: Masa masuk MPH.. saja je nak usha buku makanan, bukan nak beli pun.Bila nampak buku ni macam ada magnet, nampak  je kat rak, terus ambik dan bayar.(hooho....)

Monday, March 14, 2011

Happy Me! Happy tua day today ~15 March~



15 March...bertambah lagi tempoh hayat kehidupan ku. Sejak mula dilahirkan di Dundee, Scotland dan duk sana at about 5 years (sebab ayah buat PhD disana) tak pernah pula cheq'  nak jejak kaki ke sana lagi. Ingatkan bila the gurls dah besar nak bawa lah diorang tengok Scotland.Harap-harap murahkan rezeki nak tengok tempat kelahiran aku ni.

suasana castle di scotland..aiseh..ni pon amik dari Mr.G

Teringat pulak kat scottish people (macam aku ada sedara je kat sana..hohooh)

Sunday, March 13, 2011

Sesi Jumpa*Makan*Borak =Ex-SMKJ3 Bangi

Lepas beristirehat dan bershopping sakan masa hari minggu tibalah masa untuk  masuk keje hari ni , sesungguhnya aura "Monday Blues" ku agak menebal di sanubari  erghh!!!! *mode-mengeliat*

Tak sabar nak tunggu hujung minggu ni..(baru hari isnin dah tak sabar nak tunggu hari minggu..huhu)..
Geng sekolah  nak buat gathering makan-makan selain itu  aktiviti sampingannya adalah swimming!!(mobile pool) Yang bermandi-manda adalah untuk anak2 ajer..ibuibu dan bapabapa duk tengok jelah yer.

Sekarang ni dah survey nak masak apa(sambil kejer browse resepi)...mestilah nak bawa potluck yang terbaik(aiceh!..apa ek!)
Rajin ke nak buat kek?
Macam best je kalau dpt buat ni












Tapi apa-apa pun..tak sabo nak jumpa kengkawan lama..semua nya dah ada little one/mini me/ babies/cutey pie etc...geng mommies akan borak sakan gamaknya ni bila  dah jumpa. Peace uols

Courtesy by Yan...comei wei!

Thursday, March 10, 2011

Susu Ibu {{ KOsmO}}

Salam semua,  hari ni rasa agak rajin nak ke library untuk pinjam buku ~ sebenarnya pinjaman buku dah overdue~huhu. Sambil nak pinjam buku tu , ternampak pula paper Kosmo dan di bahagian Pesona ada artikel pasal Susu Ibu {Usah Malu Mengepam Susu Badan}.Saja nak share sama-sama..meh terjah Kosmo k.

Bila baca paper tu baru tau ada pam susu buatan malaysia yang diusahakan oleh Puan Farah dan websitenya www.sarakids.com ..(kat dalam online takde mention pula..sila beli kosmo ok)

Wednesday, March 9, 2011

Susu Ibu {{ That 's what friends are for }}

Masa nak balik dari kerja pada hari jumaat minggu lepas, tetiba telefon belle berbunyi. Rupanya panggilan dari seorang sahabat lama ..terdengar saja suaranya.

P::" Belllllllllllllllllllllleeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee"
..ya...trademark panggilan sahabat baik semasa kerja di radio dulu. Putri namanya

Sejak putri dah jadi ibu, kadangkala belle menjadi bahan rujukan berkenaan dunia ibu dan anak dari perihal barang sampai la ke penyusuan ibu.
Panggilan pada petang itu berkisarkan penyusuan dia. Sebelum ini, dia memang BF anaknya , nampak semangatnya pada waktu itu, tapi  bila kami berhubung semula selepas sebulan, putri ada kata sudah campur dan susu makin kering. Sedih juga pada waktu itu, Belle ingin guide/bantu  putri sepenuhnya tapi semua bergantung juga pada  usaha ibu itu sendiri*sob!sob!*

Dan bila dia sudah masuk kerja semula , anak pula terpaksa ditinggalkan pada ibunya di perak (KL-Perak..jauh tu) tetapi putri masih EBM dan hasilnya banyak untuk anak kesayangannya  bernama Mia.
 Rupanya ini berita yang ingin dikongsi bersama belle berkenaan kejayaan dia untuk BF anaknya yang jauh dimata tetapi sangat dekat di hati( I know what you feel my dear friend) . Belle sungguh tidak sangka yang putri berusaha untuk EBM  dan mengepam tanpa putus asa.Hasilnya, setiap hari minggu, putri bawa pulang susunya untuk dibekalkan pada si Mhea comel.

" Makin banyak susu untuk Mhea" kata putri dengan loghat Peraknya.

 I couldn't stop smiling after we hung up the phone. Bangga sangat dengan putri, kita usaha sama-sama untuk anak kita ya putri .Semoga peluang untuk seorang ibu menyusukan anaknya sehingga 6 bulan tercapai..(alhamdulliah..belle dah 8 bulan). Terbayang  muka Mhea yang comel tunggu Putri balik .
(Jumpa Mhea pun dalam FB je..bila nak jumpa ni putri?)
That's what friends are for...listening your problem, sharing experiences and support each others. I dun mind 24/7  i will be there if you need me...aiseh!

Note: Teringin nak buat group Ibu Muda di Bandar Baru Bangi. Aktiviti berkisar komuniti young mommies and kids. Dah banyak rancangan kat kepala ni .Anyone from bangi?... and mommy...please spread out the words ..if you had any ideas,  just let me know.....xoxo

Besar matanya...macam elmeera laks...;)

Thursday, March 3, 2011

Handset Baru--

Semalam , lepas balik dari seminar Mr.Hubby pie la amik Belle kat Hotel Marriot. Balik agak awal dan bercadang nak le berdating berdua, sebabnya sejak dah ada dua princess ni, masa agak terhad untuk kami berdua (berdua-duaan..hehe ;p)..
It's true, but anyway nak khabokan pasal semalam  window shopping handset ni( not for me..Mr.Hubby punya)..saja nak cari the lowest price ever. Kami pun pusing le satu tempat handset ( mines).Kalau zaman belle dulu, paling murah pon RM200 kut..sekarang ni serendah RM75-first hand-new! dah dapat ...bagus kan. Tapi biasa la technology semakin kehadapan.. everyday there will be a new product coming in. Terkejut juga boleh dapat semurah itu(handset idak le canggih mana), tapi oklah untuk call dan sms je.
Samsung GT-E1080F
RM 75 je ...not bad eh...color screen and torch light.If anyone got the lower price than this please let me know.Mana tau nak buat koleksi ke.