Dya 's Journey

Dya Aleesya Dya Elmeera

Wednesday, March 30, 2011

Aleesya tak mahu ke School (Nursery)

" Mama nak duduk umah Mak Tok"  aleesya  membuat mata sedih sambil memandang mamanya.
Sejak kebelakangan ni Aleesya macam tak keruan bila nak ke sekolah, asyik menangis saja.
Nursery kali ni merupakan nursery ke-4 yang aleesya pernah pergi dan semuanya sebelum ini ok sahaja.
Nursery baru ni dekat sikit dengan tempat kerja belle, habis kerja saja pergi ambik dia, lepas tu tunggu Mr.Hubby datang.*Senang hati bila anak dekat ngan kite kan.*
Sebelum ni, kat nursery lain memang aleesya ada menangis tapi pada mulanya saja, it takes about 1 week untuk dia sesuaikan diri, lepas tu mulalah cerita pasal pwendd(friend) and tosshh(school).
Nursery kali ni, dah 3 bulan aleesya duduk, last week baru dia tunjuk perangai, nak duduk ngan belle kat opis sambil mengalir air mata(sedih nengok si aleesya waktu tu).
Nak kata aleesya ni nakal, tak juga sebab dia sangat pemalu, mungkin juga dia takut ngan cikgu atau kawannya. Bila belle berborak ngan ibu-ibu  yang menghantar anaknya ke nursery tu, rata-rata berkata tentang cikgu yang menjaga tu. Belle kena investigate dulu, tak leh nak jump into conclusion. Right now, aleesya staying with her Mak Chak(kakak belle). Bagi aleesya rest 2-3 hari dulu.Next week nak hantar nursery tu balik, kalau dia tetap nangis maybe something wrong. 

Ngomel:  Sebenarnya kesian kat anak,   kecik-kecik dah kena ke nursery dan orang lain jagakan...adakah aku ingin menjadi Full-time housewife? Kalau dipermudahkan jalan oleh Allah, amin! My wish will come true...

1 comment:

  1. biasanya kan Belle,
    ada la tu yang dia x suka tu kat nursery tu.. smpai tiap kali hantar nangis...

    ReplyDelete