Dya 's Journey

Dya Aleesya Dya Elmeera

Monday, November 8, 2010

Bola sepak Sukan Asia: Malaysia atasi Kyrgyzstan 2-1

KUALA LUMPUR 8 Nov. - Malaysia mengorak langkah kanan dalam perlawanan pertama Kumpulan A bola sepak Sukan Asia XVI dengan menewaskan Kyrgyzstan 2-1 di Stadium Huadu, Guangzhou, China, petang tadi. S. Chanturu menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-60 selepas jaringan awal Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-27 disamakan pemain lawan, Sydykov, 10 minit kemudian.
Malaysia akan menentang Jepun dalam perlawanan kedua di gelanggang sama pada pukul 4 petang Rabu ini. - Petikan dari Utusan Online




Aku ni bukan la 'die hard fan', tapi untuk semangat negara aku memang menanti dan menyokong pasukan negara kita.Harap sangat Skuad bola sepak negara dapat mengharumkan nama negara di Sukan Asia Guangzhou 2010 ni.Good Luck ya!!

No comments:

Post a Comment